Surau Al Muhajirin Park Avenue Kondominium terletak di Tingkat 9, Kondominium Park Avenue, Damansara Damai, Petaling Jaya.
Majoriti penduduk di Park Avenue ialah Islam berbangsa Melayu. Alhamdulillah, surau ini diimarahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan untuk merapatkan hubungan antara ahli kariah.
Bagi melancarkan majlis-majlis dirancang seperti Majlis bacaan Yaasin & Tahlil mingguan, majlis ilmu, menyelenggara dan menaik taraf surau agar selesa dan seumpamanya, pihak AJK Surau mengalukan sebarang sumbangan daripada anda.
InsyaAllah, sumbangan anda digunakan sebaik mungkin.
Membangunkan Program Dan Aktiviti Yang Lebih Berkualiti
Kita ingin menjadikan surau ini bukan sahaja tempat ibadah dan pengukuhan syiar Islam tetapi juga pusat ilmu, kegiatan ummah dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan bagi mengeratkan persaudaraan serta mengimarahkan surau agar sama-sama kita mendapat manfaat daripadanya.
Memastikan Surau Sentiasa Berada Di Dalam Keadaan Baik
Sumbangan ikhlas anda amat bermakna untuk kelangsungan surau agar dapat menjadi sebuah tempat yang membina masyarakat yang cemerlang. Majlis ilmu dan ibadah dapat diadakan di dalam keadaan selesa dan persekitaraan yang kondusif.
Sumbangan Melalui Transfer Akaun
MAYBANK
SURAU AL MUHAJIRIN PARK AVENUE KONDOMINIUM
5627 9551 1852
Sumbangan Melalui QR Code
Sila scan QR Code di bawah website ini.
SUMBANGAN SANGAT DIALUKAN
LOKASI